Monday, January 20, 2020

PENGAWAL KESELAMATAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (50 KEKOSONGAN)

Pengawal Keselamatan

Nama JawatanPengawal Keselamatan
Gred11
Kekosongan50
Gaji(Min) RM1,205.00 - (Maks) RM2,939.00
Kelayakan dan Pengalaman(a) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan

(b) i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

ii. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00): dan

(c) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:.
i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

(d) Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan (b)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(e) Calon yang pernah/sedang berkhidmat sebagai polis bantuan atau mempunyai sijil tamat latihan asas Polis Bantuan akan diberikan keutamaan.